Thursday 15 December 2011

Peribahasa

Peribahasa
 Peribahasa Melayu yang meliputi simpulan bahasa, bidalan, perbilangan, petitih, dan perumpamaan adalah sebahagian daripada warisan orang Melayu yang bukan sahaja perlu dipelihara, tetapi juga diperkayakan dalam memartabatkan bahasa Melayu.
Walaupun ia boleh mengindahkan lanskap bahasa dalam karangan, ucapan, skrip drama dan kertas kerja, tetapi penggunaannya bergantung pada latarbelakang dan minat pengguna masing-masing. Sehingga kini, sukar dipastikan jumlah sebenar peribahasa Melayu dalam perbendaharaan bahasa Melayu.

Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.

Contoh-contoh Peribahsa:

Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara.
               b. Pekerja di bawah jagaan kita.
Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
Batu Penghalang
Maksud : Halangan
Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
Meninggi diri
Maksud : Sombong
Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.
Besar Hati
Maksud : Gembira.
Darah Daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.
Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong
Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

No comments:

Post a Comment