Thursday 15 December 2011

Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan ialah perkataan atau morfem sesetengah bahasa untuk mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya.

Dalam Bahasa Melayu, Penjodoh Bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan Kata Bilangan untuk membilang Kata Nama konkrit (bukan abstrak) seperti orang, haiwan, benda, tempat, dan sebagainya.

 Yang berikut ialah senarai penjodoh bilangan yang digunakan dalam Bahasa Melayu:

Penjodoh Bilangan
Penggunaannya
Contohnya
bentuk
untuk benda-benda kecil yang berkeluk
mata kail, subang, cincin
biji
untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil
belon, ketupat, batu, telur
cucuk
untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
sate
angkatan
untuk sekumpulan manusia atau benda
tentera, polis, askar
jambak
untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
Kunci, bunga
ruas
untuk benda yang beruas-ruas
Buluh, tebu

Peribahasa

Peribahasa
 Peribahasa Melayu yang meliputi simpulan bahasa, bidalan, perbilangan, petitih, dan perumpamaan adalah sebahagian daripada warisan orang Melayu yang bukan sahaja perlu dipelihara, tetapi juga diperkayakan dalam memartabatkan bahasa Melayu.
Walaupun ia boleh mengindahkan lanskap bahasa dalam karangan, ucapan, skrip drama dan kertas kerja, tetapi penggunaannya bergantung pada latarbelakang dan minat pengguna masing-masing. Sehingga kini, sukar dipastikan jumlah sebenar peribahasa Melayu dalam perbendaharaan bahasa Melayu.

Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.

Contoh-contoh Peribahsa:

Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara.
               b. Pekerja di bawah jagaan kita.
Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
Batu Penghalang
Maksud : Halangan
Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
Meninggi diri
Maksud : Sombong
Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.
Besar Hati
Maksud : Gembira.
Darah Daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.
Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong
Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Kata Hubung

Kata Hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

Kata Hubung terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
(i)    Kata Hubung Gabungan,
(ii)    Kata Hubung Pancangan,
(iii)   Kata Hubung Berpasangan.

Dalam Bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Kata Hubung Gabungan dan Kata Hubung Pancangan.

Contoh Kata Hubung :
Contoh
Contoh
dan
Lau dan Ah Lim berjiran.
kerana 
Aminah menangis kerana terlalu sedih.
apabila
Mukanya pucat apabila dikejut oleh adiknya.
lalu      
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
hingga
Abang menonton televisyen hingga larut malam.
Jika
Saya akan berpayung jika hujan.
agar
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
Jikalau
Jikalau saya kaya, saya akan membina sebuah rumah yatim.
kecuali
Semua murid hadir pada hari ini kecuali Kalai.
manakala
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil  
Zalifah bernyanyi sambil menari. 
sementara
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
semenjak
Saya berkawan dengan Ali semenjak kecil.
sungguhpun
Sungguhpun orang itu cacat, tetapi orang itu mampu berdikari.
supaya
Belajarlah bersungguhsungguh supaya mendapat keputusan yang cemerlang.
walaupun
Walaupun letih, kerja itu dapat diselesaikannya juga.
tetapi
Badannya besar tetapi penakut.


Wednesday 14 December 2011

Kata Sendi

Kata Sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam Bahasa Melayu.

Kata Sendi Nama merupakan kata depan kepada kata nama dan frasa nama.


Kata tugas lain tidak membentuk frasa. Kata Sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.

Kata Sendi Nama pula mempunyai pelbagai tugas.

Antara kata Sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu seperti berikut:
di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.

Sendi Nama
Tugas/contoh
 Contoh Ayat:
di
Menunjukkan tempat 
Menunjukan perbuatan 
Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.
ke
Menunjukkan tempat atau arah tujuan (
Menunjukkan waktu  
Mereka akan ke Ipoh esok.
dari
Menunjukkan tempat atu arah datang
Menunjukkan waktu atau masa


Ely datang dari Kelantan
kepada
Menunjukkan sasaran/ditujukan
Menunjukkan bahagian sesuatu
Menunjukkan perubahan keadaan
Kita mesti hormat  kepada ibu bapa.
daripada
Menunjukkan punca 
Menunjukkan sumber atau asal sesuatu 
Menunjukkan perbandingan 
Ukiran itu diperbuat daripada perak.
pada
Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan 
Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu 
Menunjukkan keterangan waktu 
Pey Wan tiba pada pukul lapan malam
untuk
Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)
Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan 
 
Hadiah ini untukmu
bagi
Menunjukkan kegunaan sesuatu 
Derma bagi mangsa banjir sedang dipungut.

demi
menunjukkan tujuan
menunjukkan urutan
Untuk menegaskan sesuatu
Demi anaknya, dia terpaksa keluar bekerja di luar negara.
tentang
Menunjukkan rujukan
Menteri-menteri itu berbincang tentang masalah negara.
dengan
Menunjukkan turut serta
Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan
Menunjukkan benda yang digunakan
Menunjukkan persamaan
Dana memotong kek itu dengan pisau yang tajam.
sejak, semenjak
Menjadi penanda waktu atau masa
Milah sentiasa gembira sejak / semenjak suaminya pulang dari perantauan.

terhadap
Menunjukkan rujukan yang tentu
Kita mesti taat terhadap negara kita.
oleh
Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif
Menunjukkan sebab
Kuih ini dibuat oleh Nadiah
akan
Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif
Diana amat sayang akan / kepada ayahnya.
hingga, sampai
Menunjukkan had masa atau peringkat
Abu   belajar hingga / sampai  peringkat   universiti.
seperti, bagai, umpama, laksana, bak
Menunjukkan perbandingan
Suaranya merdu  seperti/ umpama /  laksana / bagai  buluh perindu.

Kata Adjektif

Kata adjektif (KA) juga dikenali sebagai kata sifat.

KA ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).

Kata-kata dalam golongan KA menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.

KA boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

KA dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
·         Keadaan                        
contohnya :        sihat dan cantik;            
·         Warna                           
contohnya :        hitam dan hijau;
·         Ukuran              
contohnya :        tebal dan besar; 
·         Bentuk                           
contohnya :        lurus dan bujur;
·         Jarak                             
contohnya :        hampir dan jauh; 
·         Waktu                            
contohnya :        lama dan awal; 
·         Perasaan                                   
contohnya :        malu dan gembira; 
·         Cara                              
contohnya :        lincah dan lambat; 
·         Pencaindera                  
contohnya :        masin dan harum.