Tuesday, 13 December 2011

Kata Tugas

Kata Tugas ialah golongan perkataan selain Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa.

Kata tugas ialah sejenis kata yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu.

Kata tugas bertugas sebagai penyempurna atau pelengkap sesuatu ayat. Tanpa kata tugas, sesuatu ayat akan janggal dan tidak gramatis.

Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama.
Kata tugas tidak membawa makna apa-apa jika wujud atau hadir bersendirian tanpa golongan kata lain seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.

Kata tugas dapat dibahagikan kepada 16 jenis berdasarkan tugas dan peranan yang dibawanya.

Antaranya: 
  • Kata Hubung ( dan,kecuali,serta,kerana,supaya…)
  •  Kata Bilangan ( satu,setengah,kedua,bertiga-tiga…)
  • Kata Tanya ( siapa,apa,mengapa…)
  • Kata Sendi Nama ( dari,daripada, pada…)
  • Kata Perintah ( sila,jangan,usah…)
  • Kata Pangkal Ayat
  • Kata Seru ( amboi,cis,wah…)
  • Kata Bantu ( telah,sudah,sedang,pernah,mahu,hendak…)
  •  Kata Penguat (agak , paling, sangat, amat...)
  •  Kata Penegas (-kah,-tah,-lah,juga,pun,lagi…)
  •  Kata Pemeri ( ialah,adalah)
  • Kata Pembenar ( ya,benar,betul)
  •  Kata Nafi ( bukan,tidak)
  •  Kata Arah ( atas,hadapan,bawah,tepi,luar…)
  • Kata Penekan ( -nya-- Memberi penegasan bagi kata yang digandingi)
  • Kata Pembenda ( -nya-- Menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama)



Sunday, 4 December 2011

Kata Kerja

                                      KATA KERJA


Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan.


Kata kerja terbahagi kepada 3 jenis iaitu Kata Kerja Transitif , Kata Kerja Tak Transitif dan Kata Kerja Pasif . 



  1. Kata Kerja Transitif 


  • Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).



  • Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan dll


  • Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek ). 

  • contoh ayat :
      a. Pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah itu didenda oleh guru
          disiplin.
      b. Mak Intan membungkuskan nasi lemak untuk Rajoo.



    2.  Kata Kerja Tak Transitif. 



  • Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. 

  • Ayat ini tidak mempunyai penyambut.

  • contoh ayat:
      a. Kucing itu sedang tidur.
      b. Hujan turun dengan lebatnya semalam


    3. Kata Kerja Pasif
  • Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men‑. Contohnya: angkat,atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.

  • contoh ayat:
     a. Berikan kuih ini kepada pengemis itu.


Wednesday, 16 November 2011

KATA NAMA KHAS

KATA NAMA KHAS



Kata Nama Khas adalah salah satu kata nama daripada Kata Nama. Kata Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu seperti benda, orang, tempat dan haiwan yang tertentu, khusus atau secara khas. Biasanya Kata Nama Khas menggunakan huruf besar. 


Contoh-contoh Kata Nama Khas :


Benda      : Toshiba, Proton Exora , Nokia, Nike...


Orang     : Cikgu Lim, Azizuan , Siti, Doktor Selvi...


Tempat   : Port Dickson, Hospital  Tuanku Jaafar, Popular...  


Haiwan  : Sang Kancil, Sang Berang, Si Comel...










Thursday, 13 October 2011

Kata Nama Am

Kata Nama Am


Kata Nama Am adalah salah satu daripada Kata Nama. Kata Nama Am adalah kata yang digunakan untuk menyatakan nama sesuatu seperti orang ,haiwan , benda dan tempat secara umum.

  • orang      - guru, doktor, polis dll
  • haiwan    - tikus , ayam , itik dll
  • benda     - radio , telefon , komputer dll
  • tempat    - sekolah , bank , padang dll



Kata Nama Am dibahagikan kepada dua kelas iaitu konkrit dan abstrak. Kata Nama Am Konkrit ialah nama sesuatu yang dapat kita pegang, rasa atau lihat. manakala, Kata Nama Am Abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya boleh dibayangkan. 


Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan. 
Contohnya : tua - ketua,  buai - buaian


Kata Nama Am menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. 
Contoh:


1. Televisyen itu besar. (Kata Nama Am di depan)

Tuesday, 27 September 2011

BAHASA MALAYSIA

Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan di negara Malaysia


Indonesia, dan Brunei serta salah satu bahasa rasmi di


Singapura.


         Di negara kita, Bahasa Melayu dirasmikan sebagai


Bahasa Malaysia yang mengikuti piawaian ditetapkan Dewan


Bahasa dan Pustaka. Bahasa Malaysia dituturkan sebagai


bahasa kedua oleh 18 juta orang, sebahagian besar


daripada etnik minoriti negara Malaysia.